Tuesday, October 7, 2008

POTENSI PERNIAGAAN BERBILANG TINGKAT

Cuba bayangkan kesenangan membeli tanpa mengharungi kesesakan lalu lintas, mencari tempat letak kereta atau beratur panjang untuk menjelaskan bayaran.Jualan Lansung atau MLM menyediakan cara yang mudah untuk membeli dan nampaknya kaedah pembelian seperti ini semakin berleluasa. Buktinya ialah empat juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang jualan langsung.Jualan langsung memberikan pengguna pilihan yang sesuai kerana mereka boleh merasa, melihat, mencuba dan membeli dalam keselesaan rumah sendiri. Ditambah pula dengan pelbagai produk yang disediakan menerusi jualan langsung, termasuk makanan tambahan kesihatan, pakaian dalam, barang kosmetik dan produk dandanan diri, kaedah pembelian ini merupakan saluran alternatif yang menarik.

Di Malaysia, industri jualan langsung terbukti dapat bertahan samaada ekonomi sedang pesat berkembang mahupun dalam keadaan gawat. Laporan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mendedahkan bahawa sewaktu krisis kewangan 1998, perolehan jualan tahunan industri meningkat RM0.6 bilion, pertambahan 19% berbanding 1997 dan apabila ekonomi pesat berkembang pada 2005, industri mencatatkan perolehan jualan RM5.8 bilion, kenaikan hampir 9.4% berbanding perolehan berjumlah RM5.3 bilion pada 2004.Pada akhir tahun lepas, rekod menunjukkan sebanyak 533 syarikat jualan langsung berdaftar dengan Kementerian.Jelas bahawa apabila ekonomi pesat membangun, terdapat pemintaan lebih tinggi bagi produk kerana pelangan mempunyai pendapatan boleh guna yang lebih tinggi. Dalam masa-masa yang sukar pula, ramai orang beralih kepada jualan langsung sebagai sumber pendapatan alternatif.Justeru, jualan langsung diunjurkan akan terus berkembang pesat dan memberikan sumbangan positif kepada ekonomi Malaysia.

Namun, jualan langsung selalu dikaitkan dengan persepsi negatif kerana amalan pengedar yang tidak beretika, kekeliruan antara jualan lansung dan skim piramid, syarikat tidak berlesen yang menjual produk tidak berdaftar dan penjual rakus yang mencari mangsa.Akibatnya ramai yang was-was apabila berurusan dengan wakil jualan langsung. Seperti kata pepatah, pisang tidak berbuah dua kali. Mangsa skim piramid atau skim cepat kaya akan terasa was-was dan musykil apabila diajak mengusahakan peluang perniagaan baru.Orang ramai berpendapat bahawa skim pemasaran berbilang peringkat ini satu penipuan dan musykil tentang industri ini tetapi tanggapan mereka sebenarnya salah. Selalunya syarikat yang mereka sertai mendidik pengguna agar mereka sedar bahawa usaha menjayakan perniagaan ini memerlukan kerja keras.Namun demikian, perangkaan menunjukkan bahawa industri ini terus berkembang maju. Jualan langsung yang dulunya dianggap sebagai satu kerjaya yang diceburi untuk memperolehi pendapatan sampingan kini menarik golongan lebih muda untuk menyertainya kerana mereka mendapati industri ini berdaya maju, selain menyediakan kerjaya alternatif.Menerusi jualan langsung, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan kecil sendiri.

Jualan langsung menawarkan pelbagai manfaat - yuran penyertaan yang rendah, keselamatan dan kestabilan semasa ekonomi gawat, memberi kebebasan dan fleksibiliti untuk bekerja mengikut kemampuan sendiri dan menghasilkan pendapatan sampingan yang membantu meningkatkan taraf hidup seseorang.Selain itu, ia juga cara bagi seseorang mempelajari selok-belok perniagaan dan kemahiran pengurusan tanpa mengeluarkan belanja yang besar, membina perniagaan yang berdaya maju dengan kaedah jualan yang sudah teruji dan menawarkan pelbagai jenis produk berkualiti. Tambahan lagi, andalah bos dalam perniagaan anda.Tiada apa yang akan diperoleh secara percuma. Jika seseorang sanggup berusaha, maka dia akan berjaya.Jualan langsung ialah salah satu daripada hanya beberapa peluang perniagaan yang membolehkan setiap orang mencapai kebebasan kewangan. Sikap yang betul dan sifat peribadi seseorang akan menentukan kejayaan dalam bidang ini.Anda bukan saja perlu bekerja keras tetapi juga berusaha dengan bijak dan penuh bersemangat. Anda harus jatuh cinta dengan perniagaan anda - kerana minat itu menjadi dorongan penting.Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam industri jualan langsung.

Dengan kelonggaran peraturan bagi syarikat jualan langsung, negara ini telah memberi sokongan kepada para peserta menerusi langkah meliberalisasi peraturan perdagangan dan menggalakkan persaingan sihat di kalangan syarikat.Tambahan lagi, liberalisasi garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing bagi industri telah membuka peluang kepada syarikat jualan langsung asing yang berminat untuk melabur di Malaysia.Persekutuan Dunia bagi Persatuan Jualan Langsung (WFDSA) mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran jualan langsung ke-11 terbesar di dunia. Negara kita merupakan salah satu daripada pasaran paling pantas berkembang di Asia dan juga di dunia,Berasaskan perkembangan semasa, masa depan yang cerah menanti industri jualan langsung.

~~~~EPC-NETWORKS 2008

No comments: